19 Julai 2015 - 19:15
Eidulfitri berdarah, 90 terbunuh dan 120 cedera

Lebih 200 orang terbunuh atau cedera dalam serangan bom 3 tan.


Kereta yang dianggar sarat dengan bom 3 tan itu dilaporkan di pasar Bani Sa'ad, Selatan Baquba, 30 kilometer dari Baghdad.

Kimpulan militan takfiri dalam satu pesanan mengaku bertanggung jawab dalam serangan itu.

Timbalan Gabenor Diyala melaporkan, lebih 120 orang cedera manakala 90 yang lain terkorban manakala 20 yang lain tidak dapat dikesan. Usaha-usaha mencari mereka yang hilang masih diteruskan.

Beliau yang bernama Muhammad al-Hamdani menambah, kesan letupan ini menyebabkan lebih dari 50 kedai dan 70 kenderaan musnah.

Pejabat gabenor Diyala turut mengumumkan tiga hari berkabung manakala semua sambutan Eidulfitri dibatalkan.

Ketua polis tempatan, Ahmad al-Tamimi berkata, penduduk terpaksa mengumpulkan cebisan mayat dengan menggunakan kotak buah di pasar ini.

Timbalan Menteri Iraq, Haidar al-Ibadi mengutuk serangan tersebut dan berkata, "Pengganas tidak ada tempat di Iraq, dan kita akan membalas serangan."

Ketua parlimen negara ini turut mengecam serangan dan meminta penduduk Diyala tidak memberikan peluang sedikitpun kepada pengganas dan memeranginya dengan lebih serius.

.......................